SUDUT "PERPUSTAKAAN PERMAINAN I-PLAY"

PENGENALAN

i-Play Toy Library atau Perpustakaan Permainan "i-Play" merupakan satu projek kemasyarakatan yang bertujuan merangsangkan perkembangan menyeluruh kanak-kanak. Ia diperkenalkan oleh Kumpulan Syarikat Educate to Learn Sdn. Bhd. (e2L) yang memberi tumpuan kepada perkhidmatan dan pembekalan produk yang berkualiti supaya kanak-kanak yang berumur 0-8 tahun menerima pengasuhan dan pendidikan awal yang terbaik. i-Play Toy Library ditaja oleh Yayasan Emkay ditumpukan kepada kanak-kanak yang berada di luar bandar dan pendalaman serta kanak-kanak daripada keluarga yang berpendapatan rendah di bandar. Tujuannya adalah untuk memberi peluang kepada kanak-kanak belajar melalui bermain menggunakan bahan dan sumber yang berkualiti supaya mereka mendapat peluang yang saksama untuk menikmati dan memanfaatkan ilmu.

KONSEP

i-Play yang berlandaskan konsep main sebenarnya melaksanakan fitrah kanak-kanak dalam mewujudkan suasana keriangan untuk memahami dirinya, dunianya dan orang lain. Suasana pengajaran dan pembelajaran yang selesa dan menggembirakan memainkan peranan yang penting dalam perkembangan dan pembentukan diri kanak-kanak yang menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi, sosial dan jasmani. Pembentukan secara holistik dalam konsep "i-Play" memberi fokus kepada pembinaan keperibadian dan kecekapan pada kanak-kanak. Pembinaan sifat keperibadian yang rasional adalah usaha untuk membantu kanak-kanak membina kemahiran membezakan di antara yang mana betul dan yang mana salah ke arah untuk membangunkan masyarakat yang membudayakan etika dan integriti.

PERATURAN

- Kanak-kanak mestilah berusia 8 tahun dan ke bawah dan kanak-kanak istimewa (0-14 tahun) yang telah berdaftar sebagai ahli Kelab i.Play Toy
   sahaja yang dibenarkan masuk.
- Ahli diminta tidak membawa masuk beg dan makanan.
- Ahli diminta tidak memakai kasut.
- Ahli diminta menyimpan semula permainan di tempat asal setelah menggunakannya.
- Seorang waris atau penjaga perlulah sentiasa berada di sisi anak-anak bagi mengawasi mereka ketika berada di dalam i.Play Toy Library.

PENDAFTARAN

- Perlu menjadi ahli perpustakaan terlebih dahulu
- Yuran tahunan sebanyak RM 12.00

KANDUNGAN ALAT PERMAINAN "I-Play Toy Boxes"

Kotak permainan i-Play (Sudut Permainan)
(i-Play Learning Centre Toy Boxes)

No        Name Of Toy Box / Curriculum Areas / Learning Centres

1.         i-Cook - Nutrition & Health Centres
2.         i-Maths - Early Maths Centres
3.         i-Music - Music And Movement Centres
4.         i.Discover - Discovery Science Centres
5.         i.Create - Creative Art & Craft Centres
6.         i.Imagine - Dramatic Play Centres
7.         i.Read - Language Centres
8.         i.Move - Physical Play Centres
9.         i.Am! i Can - Self Help Skills Centres
10.       i.Build - Block Play Centres
11.       i.Iqra - Integrated Islamic Centres
12.       i.Babes - Early Babes Education Centres

Kotak tema i.Play (i-Play Thematic Toy Boxes)

 No       Thematic Toy Boxes

1.         Home & Family
2.         Occupation
3.         Animals
4.         Transportation
5.         Nature & Environment
6.         Health & Safety
7.         Our World
8.         Me!

WAKTU PEMBUKAAN

PERPUSTAKAAN KANAK-KANAK

Rabu - Ahad (10.00 pagi - 5.30 petang)
Rehat (1.00 petang - 2.30 petang)

PERPUSTAKAAN NEGERI 
(DITUTUP SEMENTARA WAKTU BAGI TUJUAN PENYELENGGARAAN)

Selasa - Ahad (10.00 pagi - 5.30 petang)
Rehat (1.00 petang - 2.30 petang)

 

iplaytoypnglong

i-Play Toy Library
Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang,

JKR 2118, Jalan Perpustakaan,
Seberang Jaya,
13700 Perai,
Pulau Pinang
No Tel : 04-3971058, 04-3902387     Faks : 04-3970226

i-Play Toy Library
Perpustakaan Cawangan George Town,

No 2936, Jalan Scotland,
10450 Pulau Pinang,
No Tel : 04-2293555

| Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Hakcipta | Paparan | Soalan Lazim | W3C |
Hakcipta Terpelihara © 2011 - 2019 Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang | GPS : N 05 23.514' E 100 23.959'

Paparan terbaik adalah dengan menggunakan Google Chrome, Mozilla Firefox 3.0 ke atas, Safari 4.0 ke atas atau Opera 10.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768

  • Tarikh Kemaskini : 2019-10-18 04:49:57 .